Entry: KALAU SUDAH JODOH... Thursday, November 27, 2008



   Cerita yang saya nk share dgn semua adalah berkenaan dengan JODOH. Semua sedia maklum yang ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan-Nya. Saya ada seorang sahabat perempuan. Dia meluahkan yang dia sangat risau sebab dia tidak pernah mempunyai teman lelaki dan tidak pernah merasa hidup berpasangan. Dia sangat-sangat risau melihat rakan di sekeliling kerana semua nya sudah berpunya tapi diri dia still bersendirian. Waktu tu umur dia 22. 

   Saya nasihatkan dia yang tak payah risau pasal semua tu dan rileks. Tak payah terburu-buru sebab Allah dah janji setiap hidupan tu ada pasangannya,cuma kita tak tahu dengan siapa dan bila kita akan ditemukan dengan pasangan kita. Kita perlu yakin dan berdoa sebab tak semestinya orang yang mempunyai pasangan sekarang ni berakhir dengan pernikahan..btul tk?Ada ramai pasangan yang bertahun-tahun bercinta tp akhirnya kecundang. 

   Then, Jun lps sahabat saya ni beritahu yang ada seorang laki yang ingin berkawan serius dengan dia. Saya sangat gembira bagi pihak sahabat saya ni. Laki tu mmg berketrampilan dan mempunyai pendidikan yang bagus. Tanpa berlengah, laki tersebut trus brjumpa dengan parents sahabat saya ini untuk menyatakan hasrat diri. Setelah persetujuan dicapai, mereka akn mngikat tali pertunangan disember ini dan bernikah tahun depan. Lihat..Maha Besar Kuasa Allah kan? Kalau Dia nk mudahkan jodoh seseorang tu, Alhamdulillah mmg dipermudahkan. 

   Pstu, sy kol sahabat sy ni..tnya die, btul tk apa yg sy ckp kt die last year..pstu die mngakui dan dia pn xsngka jodoh dia secepat ini. Jadi, moral of the story..kepada semua wanita2 di luar sana, klau yg xde bf or pkwe or yg sewktu dgnnya jgn frust..benda tu akn dtg dgn sendirinya..trust in me n paling pnting trust Allah. Bkn mksudnye dok diam je..kena berusaha gk..tp xde la usaha smp nk jatuhkan maruah sndri or main amek laki org or main rembat je mana2 laki..usaha dr segi berdoa, kwn dengan semua org dn bertawakal..insyaAllah dipermudahkan

P/S : COPY DAN PASTE DARI VIRTUAL FRIENDS

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments